KEM SMART KHALIFAH 5.0

Allhamdulillah! Selesai Kem Smart Khalifah 5.0!
 
Syukur ya Allah dan segala pujian hanya datang daripada-Nya jua. Walaupun sekadar 5 hari sahaja kem berlangsung tapi cukup luar biasa penyertaannya dengan seramai 85 peserta 🤩
 
Terima kasih kepada ibu ayah atas kepercayaan memilih kami sebagai kem cuti sekolah untuk anak-anak bagi cuti sekolah kali ini. Peserta bukan sahaja dari Putrajaya tapi sekitar Putrajaya seperti Bangi, Kajang, Cyberjaya dan lain-lain tempat. Paling jauh ada daripada Sabah siap booked tiket flight semata-mata nak hantar anak ke Kem Smart Khalifah 5.0 🥰
 
Pengisian Kem Smart Khalifah 5.0 kali ini bertemakan SOLAT, iaitu :
 
– Thoharah (Bersuci dalam Islam)
– Disiplin! Asas Sahsiah & Solat
– Super Wudhuk & Tayammum
– The Power of Solat
– Solat Jamak & Qasar
– Makmum Masbuk & Muwafiq
– Aqil Baligh & Penampilan Wanita Solehah (Fiqh Wanita)
– Tadabbur Al-Quran
– Hafazan Al-Quran
 
Semestinya setiap kali Kem Smart Khalifah yang dianjurkan, banyak penambahbaikan yang kami buat dari segi content, pelaksanaan dan bahan bantu mengajar.
 
Walaupun kita merancang dengan baik tetap Allah jua yang menentukan dengan perancangan-Nya, pada hari pertama kem lagi tiba-tiba suara saya takde. Allahu, sampai hari kelima takde suara. Walaupun serak-serak, kejap ada suara, kejap takde, tetap saya cuba bagi yang terbaik kepada anak-anak yang sertai 😁
 
Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan trainer merangkap mentor saya, atas kesudian menerima jemputan untuk mengisi slot Kem Smart Khalifah 5.0 🔥
 
Terima kasih kepada barisan ajk Surau Ar-Rahman atas kesudian kerjasama dalam menjayakan kem kali ini 😊
 
Jutaan terima kasih kepada barisan fasilitator yang superb dengan komitmennya dan kesungguhannya dalam memudahkan dan menguruskan perjalanan kem kali ini 💪
 
Insya Allah jumpa lagi dalam siri Kem Smart Khalifah akan datang ♥️