HADIAH BERMAKNA SEMPENA ULANG TAHUN SAYA

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat yang tak terhingga kepada diri ini ya Allah!
 
Semalam 27 Feb 2025, saya dijemput ke Bernama TV untuk rakaman segmen khas bersempena Ramadhan bagi rancangan Darah Muda.
 
Satu pengalaman yang cukup bermakna untuk saya apatah lagi hampir betul dengan tarikh ulang tahun saya iaitu 28 Feb!
 
Masa rakaman tu dengan jantung berdegup kencangnya dan banyak jugak memikirkan jawapan yang akan dijawab nanti diharapkan adalah jawapan terbaik 🤧
 
Tapi host rancangan memang santai betul, macam sembang-sembang kat kedai jer hehe, jadinya kurang sikit gugup tu 🤭
 
New Achivement Unlocked 💪
 
Insya Allah, saya akan maklumkan nanti bila bersiaran segmen saya akam disiarkan. Yang pasti pada bulan Ramadhan nanti.
 
Terima kasih semua yang wish dan doa yang baik-baik untuk diri ini. Insya Allah selagi dikurniakan kudrat dan kekuatan, saya akan terus untuk bantu dan berdakwah seramainya pelajar-pelajar dengan inspirasi dan motivasi melalui medan pendidikan dan training consultant 🥰