MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH
Direka khas untuk membantu pelajar mencapai potensi penuh dalam akademik, sahsiah, dan kepimpinan. Modul ini berfungsi sebagai platform untuk membimbing pelajar menjadi individu yang lebih berkeyakinan, bertanggungjawab, dan bermotivasi tinggi.
SENARAI MODUL PROGRAM
Motivasi Pelajar Sukses
(UPKK/UPSRA/PSRA/SMA/SPM)
Program yang memberi tumpuan kepada teknik pembelajaran efektif, pengurusan masa, dan strategi untuk cemerlang dalam peperiksaan besar seperti UPKK, UPSRA, PSRA, SMA, dan SPM. Motivasi disuntik untuk membantu pelajar terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Program Kepimpinan
Modul ini membentuk pelajar menjadi pemimpin yang berkaliber, berintegriti, dan bertanggungjawab. Aktiviti interaktif seperti simulasi kepimpinan dan pengurusan krisis disediakan untuk melahirkan pemimpin masa depan.
Program Pemantapan Sahsiah
Fokus kepada pembentukan akhlak mulia dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian. Pelajar dididik untuk mengenal potensi diri, membina keyakinan, dan menjadi individu yang dihormati masyarakat.
Program Smart Solat
Modul ini membantu pelajar mendalami ilmu solat dari sudut teori dan praktikal. Mereka diajar cara-cara melakukan solat dengan sempurna, termasuk teknik menghayati solat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Program Kembara Ibadah
Aktiviti praktikal di lapangan yang menggabungkan ilmu ibadah, motivasi, dan kembara. Pelajar akan diberi pengalaman hands-on dalam melaksanakan ibadah seperti wuduk, tayamum, solat, dan doa, di samping menikmati aktiviti luar yang menyeronokkan.

