KEM SAHSIAH DIRI – SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

Terima kasih banyak diucapkan kepada Ustazah Hafifah Halim daripada SMK Putrajaya Presint 11(1) atas jemputan dan kepercayaan kepada kami kali ke-2 untuk Kem Sahsiah Diri bermalam!
 
Antara fokus pengisian program adalah
1. Jom jadi baik!
2. Jauhi maksiat!
3. Bicara dengan tuhan : Qiamullail
4. Tazkirah : Rasulullah SAW Contoh Teladan Sepanjang Zaman
 
Program ini merupakan program khas untuk pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) yang bertujuan untuk membina jati diri dan identiti tersendiri berbeza dengan pelajar bukan KAA…
 
Banyak pengisian kami sampaikan melalui game dan aktiviti supaya lebih mudah difahami dan nampak santai untuk dipelajari. Secara tak langsung, sebenarnya pelajar sedang belajar tapi sambil bermain, hah gitu!
 
Insya Allah bermanfaat! 😊
 
*Mana-mana sekolah dan cikgu yang berminat untuk panggil kami untuk program sahsiah atau motivasi, boleh terus hubungi kami di 011-37606021